Wednesday, January 5, 2022

KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menurut tokoh Kelly, A.V (2009), kurikulum adalah “the range of courses from which students choose what subject matters to study, and a specific learning program. In the latter case, the curriculum collectivity describes the teaching, learning and assessment materials available for a given course of study”. Manakala menurut akta pendidikan 1996, kurikulum merupakan suatu aktiviti yang wajib dilaksanakan dalam semua sekolah kerajaan dalam bentuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Justeru, kurikulum mengandungi beberapa perkara seperti sukatan pembelajaran, mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum seperti sukan, aktiviti kelab dan persatuan. Aktiviti kurikulum ini telah dilaksanakan bagi pelajar-pelajar sekolah. Walaupun kurikulum ini khas bagi pelajar-pelajar, kalangan lain juga mempunyai tanggungjawab dalam menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan seperti masyarakat dan Negara. Hasrat falsafah kebangsaan menerusi kurikulum terbahagi kepada tiga peringkat. Antaranya ialah, peringkat prasekolah kebangsaan (KSPK), peringkat sekolah rendah (KSSR) dan peringkat sekolah menengah (KSSM).

   Kurikulum standard kebangsaan ke arah hasrat menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh itu, bagi menterjemahkan hasrat ini ,pihak kerajaan telah mengagihkan perkara ini kepada tiga bentuk seperti mana di atas. Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan merupakan salah satu komponen bagi menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum. Komponen ini merupakan perkara awal dalam menterjemahkan hasrat FPK. Oleh itu, kurikulum standard prasekolah ialah pendidikan awal bagi kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini merupakan pembelajaran awal bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mempelajari tentang kemahiran asas. Kurikulum standard kebangsaan telah beroperasi sebagai reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Kandungan pembelajaran dalam kurikulum standard ialah pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak seperti mengajar kanak-kanak untuk menguasai amalan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kaedah pembelajaran telah dilakukan dalam kaedah permainan supaya kanak-kanak tidak terasa tertekan pada usia ini. Justeru, pembelajaran seperti permainan membolehkan pelajar untuk senang memahami pelajaran. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menguasai ilmu asas, menjadi warganegara patriotik, bahasa melayu dan bahasa Inggeris dicakap dengan lancar, mengamalkan nilai-nilai murni serta mempunyai pengetahuan asas. Dengan ini, kurikulum standard kebangsaan telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.

     Selain daripada peringkat prasekolah kanak-kanak, peringkat kedua ialah peringkat sekolah rendah (KSSR). Pada peringkat persekolahan ini para kanak akan menyambungkan pembelajaran mereka di peringkat sekolah yang diajar oleh guru-guru dan mempunyai sistem pembelajaran secara sistematik. Pada peringkat persekolahan ini, kanak-kanak berusia 7-12 tahun diwajibkan menjalani aktiviti pembelajaran bermula tahun 2011. Selain itu, kanak-kanak tidak perlu menduduki peperiksaan dari tahap 1-3 manakala pada tahap 6,semua pelajar sekolah rendah diwajibkan untuk menduduki peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Keputusan pelajar akan menentukan tentang aliran mana yang sesuai bagi pelajar pada peringkat menengah sama ada RIMUP atau tingkatan 1. Pada akhir pembelajaran peringkat sekolah rendah, para pelajar telah menguasai kemahiran asas 4M, menjadi generasi cemerlang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Dengan ini kurikulum standard kebangsaan telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan .

    Peringkat ketiga dalam menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan ialah, kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Pendidikan peringkat ini dijalankan dilancarkan secara dua peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah. Pada peringkat rendah pelajar akan menjalankan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada tahap tingkatan 3 semua pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan awam iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Para pelajar wajib menduduki peperiksaan ini kerana keputusan peperiksaan ini akan memutuskan tentang aliran sesuai bagi pelajar sama ada aliran sains, akauns, kesenian, perabot atau masakan. Selain itu, pada tingkatan 4 hingga tingkatan 5, para pelajar akan mempelajari dalam aliran yang berbeza. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat menengah atas. Pada peringkat tingkatan 5, pelajar tingkatan 5 wajib menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan SPM akan menentukan bahawa pelajar itu layak menyambung pelajaran atau tidak. Pada akhir pembelajaran tingkatan 5, pelajar telah mempertingkatkan lagi perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah ke arah pembangunan insan secara seimbang dan harmoni. Oleh itu, kurikulum standard kebangsaan kearah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.

No comments:

Post a Comment

PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Kualiti dan ketamadunan sesebuah negara bangsa dipengaruhi oleh sistem pendidikan. Oleh hal yang demikian, seseorang individu akan dianggap ...