Wednesday, January 5, 2022

PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Kualiti dan ketamadunan sesebuah negara bangsa dipengaruhi oleh sistem pendidikan. Oleh hal yang demikian, seseorang individu akan dianggap mundur sekiranya tiada pendidikan. Dalam konteks ini, kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat pendidikan di Malaysia. Ini bertujuan bagi mendidik rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada agama, sejahtera diri dan bersedia memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.

 

         Oleh itu, di dalam kurikulum rasmi terdapat kurikulum tidak formal yang mana terbahagi kepada dua bahagian.  Kurikulum tidak formal ini mengandungi aktiviti kokurikulum dan kurikulum tersembunyi yang bertujuan untuk melengkapkan pembangunan insan yang menyeluruh dan holistik. Seterusnya, perkara yang dimaksudkan dengan kurikulum tersembunyi ialah perkara yang mempengaruhi matlamat pendidikan, amnya terhadap aspek kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum tersembunyi ini tidak mempunyai ciri-ciri khusus malah perkara ini berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang. Berdasarkan Mok Soon San (2008) meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal, seperti penerapan nilai-nilai melalui peniruan tingkah laku guru, dan penyerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah.


Antara peranan kurikulum kebangsaan yang utama ialah melahirkan tenaga kerja mahir, berilmu dan kreatif. Hal ini adalah untuk memastikan bakal pekerja tempatan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan demi membangunkan ekonomi negara. Contohnya, negara kita amat memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan dan teknikal agar perkembangan industri di Malaysia dapat ditingkatkan. Kesannya, negara kita dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang mencukupi untuk membangunkan nama di persada dunia.


Seterusnya peranan kurikulum kebangsaan yang kedua pula ialah pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Perkara ini amatlah penting kerana masyarakat kita terdiri daripada bangsa berbilang kaum. Dengan adanya kurikulum kebangsaan, perpaduan dapat dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Semua individu dapat mempelajari bagaimana untuk menghormati budaya kaum lain disamping menjadi masyarakat yang bertolak ansur.


Bagi peranan kurikulum sekolah ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia pula ialah, mewajibkan setiap murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang selepas tamat waktu persekolahan. Dengan adanya aktiviti kokurikulum, kita dapat melatih diri menjadi seorang pemimpin. Hal ini kerana, setiap badan beruniform atau kelab persatuan akan mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi ketua. Pemimpin yang dipilih pula perlulah bertanggungjawab dalam semua hal. Justeru, sifat kepimpinan ini dapat diasah sejak mereka di bangku sekolah lagi.


Selain itu, kurikulum sekolah juga berperanan dalam menerapkan aspek-aspek ajaran agama yang baik dalam pendidikan di sekolah. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang sangat memerlukan suasana beragama. Hal ini kerana, pengajaran dalam kelas semata-mata belum mampu untuk menerapkan nilai murni beragama secara menyeluruh. Justeru, program-program bina insan dan dakwah perlu memainkan peranannya serta persekitaran yang baik juga penting dalam usaha memupuk akhlak murni di kalangan murid murid.

KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menurut tokoh Kelly, A.V (2009), kurikulum adalah “the range of courses from which students choose what subject matters to study, and a specific learning program. In the latter case, the curriculum collectivity describes the teaching, learning and assessment materials available for a given course of study”. Manakala menurut akta pendidikan 1996, kurikulum merupakan suatu aktiviti yang wajib dilaksanakan dalam semua sekolah kerajaan dalam bentuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Justeru, kurikulum mengandungi beberapa perkara seperti sukatan pembelajaran, mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum seperti sukan, aktiviti kelab dan persatuan. Aktiviti kurikulum ini telah dilaksanakan bagi pelajar-pelajar sekolah. Walaupun kurikulum ini khas bagi pelajar-pelajar, kalangan lain juga mempunyai tanggungjawab dalam menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan seperti masyarakat dan Negara. Hasrat falsafah kebangsaan menerusi kurikulum terbahagi kepada tiga peringkat. Antaranya ialah, peringkat prasekolah kebangsaan (KSPK), peringkat sekolah rendah (KSSR) dan peringkat sekolah menengah (KSSM).

   Kurikulum standard kebangsaan ke arah hasrat menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh itu, bagi menterjemahkan hasrat ini ,pihak kerajaan telah mengagihkan perkara ini kepada tiga bentuk seperti mana di atas. Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan merupakan salah satu komponen bagi menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum. Komponen ini merupakan perkara awal dalam menterjemahkan hasrat FPK. Oleh itu, kurikulum standard prasekolah ialah pendidikan awal bagi kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini merupakan pembelajaran awal bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mempelajari tentang kemahiran asas. Kurikulum standard kebangsaan telah beroperasi sebagai reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Kandungan pembelajaran dalam kurikulum standard ialah pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak seperti mengajar kanak-kanak untuk menguasai amalan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kaedah pembelajaran telah dilakukan dalam kaedah permainan supaya kanak-kanak tidak terasa tertekan pada usia ini. Justeru, pembelajaran seperti permainan membolehkan pelajar untuk senang memahami pelajaran. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menguasai ilmu asas, menjadi warganegara patriotik, bahasa melayu dan bahasa Inggeris dicakap dengan lancar, mengamalkan nilai-nilai murni serta mempunyai pengetahuan asas. Dengan ini, kurikulum standard kebangsaan telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.

     Selain daripada peringkat prasekolah kanak-kanak, peringkat kedua ialah peringkat sekolah rendah (KSSR). Pada peringkat persekolahan ini para kanak akan menyambungkan pembelajaran mereka di peringkat sekolah yang diajar oleh guru-guru dan mempunyai sistem pembelajaran secara sistematik. Pada peringkat persekolahan ini, kanak-kanak berusia 7-12 tahun diwajibkan menjalani aktiviti pembelajaran bermula tahun 2011. Selain itu, kanak-kanak tidak perlu menduduki peperiksaan dari tahap 1-3 manakala pada tahap 6,semua pelajar sekolah rendah diwajibkan untuk menduduki peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Keputusan pelajar akan menentukan tentang aliran mana yang sesuai bagi pelajar pada peringkat menengah sama ada RIMUP atau tingkatan 1. Pada akhir pembelajaran peringkat sekolah rendah, para pelajar telah menguasai kemahiran asas 4M, menjadi generasi cemerlang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Dengan ini kurikulum standard kebangsaan telah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan .

    Peringkat ketiga dalam menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan ialah, kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Pendidikan peringkat ini dijalankan dilancarkan secara dua peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah. Pada peringkat rendah pelajar akan menjalankan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada tahap tingkatan 3 semua pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan awam iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Para pelajar wajib menduduki peperiksaan ini kerana keputusan peperiksaan ini akan memutuskan tentang aliran sesuai bagi pelajar sama ada aliran sains, akauns, kesenian, perabot atau masakan. Selain itu, pada tingkatan 4 hingga tingkatan 5, para pelajar akan mempelajari dalam aliran yang berbeza. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat menengah atas. Pada peringkat tingkatan 5, pelajar tingkatan 5 wajib menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan SPM akan menentukan bahawa pelajar itu layak menyambung pelajaran atau tidak. Pada akhir pembelajaran tingkatan 5, pelajar telah mempertingkatkan lagi perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah ke arah pembangunan insan secara seimbang dan harmoni. Oleh itu, kurikulum standard kebangsaan kearah menterjemahkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan menerusi kurikulum.

ANALISIS PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik.Sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi atau perubahan penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara bagi mencapai hasrat FBK.Evolusi pendidikan ini ialah melalui lima fasa iaitu, Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-kini). Pada Zaman Pramerdeka, ketika British sedang mentadbir, sekolah-sekolah  di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarannya tersendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan beberapa laporan iaitu, Laporan Bames (1951) yang menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum melayu, Laporan Fenn-Wu (1952) ditubuhkan bagi menyemak pendidikan kaum cina, Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan dan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebagsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

     Pada Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964.Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

     Seterusnya, pada Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pada masa ini juga, Sistem Pendidikan Kebangsaaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990.Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan.Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk menetapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut dipertingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubah pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Selain itu, Zaman Dasar Pembangun Negara (1991-2000) menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan  dasar pendidikan dikukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta PendidIkan 1996, Akta Institusi Pendidikan tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi negara 1996 dan lain-lain. Di Samping itu juga, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk, peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari, perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999, menaik tarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma, menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan menaik tarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

     Akhir sekali, bagi Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-kini), Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya Akta Pendidikan 1996 , Program Bimbingan dan, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003. Bayaran Insentif Subjek Pendidikan diperkenalkan pada tahun 2003, Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah dan banyak lagi program pendidikan diperluaskan.

    Hasrat FBK adalah pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara untuk mencapai hasrat FBK ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.


Tuesday, January 4, 2022

MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

MATLAMAT  PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu

Melahirkan Insan Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera

Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara 

Memberi Peluang-Peluang Pendidikan kepada semua Warganegara Malaysia


Matlamat pendidikan di Malaysia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut  Ee Ah Meng (1990 ), matlamat pendidikan di Malaysia dapat ditafsirkan melalui  beberapa aspek iaitu terdiri daipada individu, sosial, ekonomi, politik, perpaduan, pengurangan jurang perbezaan, penekanan pendidikan sains dan matematik dan pemeliharaan cara hidup demokrasi.

Dari segi individu, tujuan pendidikan adalah bagi meningkatkan perkembangan individu yang yang seimbang dari segi mental, emosi, jasmani, moral dan estetik. Seterusnya melalui sosial, individu dididik bagi memahami warisan ekologi dan budaya, nilai-nilai serta amalan-amalan sosial. Oleh itu, individu dapat menjalankan tanggungjawabnya terhadap negara sebagai seorang warganegara.  Dari segi ekonomi, dapat dilihat matlamat ini bagi melahirkan individu yang mahir  dalam menjadi seorang pekerja yang produktif. 

Dari segi politik , memberi penerapan mengenai pemahaman dan penerimaan prinsip dan cita-cita unggul demokrasi berperlembagaan. Penerapan nilai-nilai taat setia kepada negara, serta menyedari hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam sebuah negara demokratik. Dari segi perpaduan, ia merupakan tunjang kepada kesejahteraan negara. Oleh itu , melalui sukatan pelajaran yang sama harus digunakan di sekolah-sekolah. Bahasa pengantar  iaitu bahasa Malaysia digunakan di semua sekolah kebangsaan untuk membolehkan semua rakyat berhubung dengan mudah di antara satu sama lain. 

Matlamat pendidikan juga bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan dalam pendidikan pelajar-pelajar. Jurang perbezaan dalam pendidikan wujud terutamanya antara golongan murid yang berada dengan golongan murid bawahan. Subjek Sains dan Matematik telah difokuskan pada masa kini. Matlamat pendidikan telah memberi penekanan kepada subjek ini di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi memenuhi aspirasi masyarakat yang progresif. Akhirnya Matlamat pendidikan berkaitan dengan pemeliharaan cara hidup demokrasi. Ini bertujuan melahirkan individu yang akan menjadi ahli masyakarat yang bertanggungjawab dan berusaha bersama kea rah mewujudkan masyarakat yang progresif, adil dan saksama.


PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Perubahan perkembangan bererti wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks kurikulum yang telah dibentuk. Setiap perubahan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan bentuknya tersendiri. 

Perubahan kurikulum dalam perkembangan pendidikan  di Malaysia  bermulanya dari KBSR dan KBSM yang didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang mana ia menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan dasar pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun (1983). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di semua sekolah menengah mulai tahun (1989).




Perubahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) . KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup.   Tujuan perubahan ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Penubuhan KSSR adalah  untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. 


Manakala perubahan kepada KSSM 2017 yang menggantikan KBSM merupakan kurikulum yang di hasratkan dapat mengembangkan lagi potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan individu yang seimbang dan berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Dengan pelaksanaan KSSM ini, ia meningkatkan kualiti pendidikan diperingkat menengah agar menjadi lebih rasional dan  relevan dengan cabaran abad ke-21 ini. 

Perubahan demi perubahan telah berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Selaras dengan perubahan arus permodalan negara yang menuju kearah sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi, sudah pasti sokongan yang amat kuat diperlukan dalam sistem pendidikan. Oleh yang demikian, dalam merangka perubahan kurikulum pelbagai aspek harus dilihat sebelum sesuatu keputusan itu dibuat dan dapat dilaksanakan dengan baik. Peranan semua pihak amat penting terutama mereka yang secara terus berhadapan dengan kurikulum serta sentiasa bersedia menerima sesuatu perubahan.


PENGENALAN KURIKULUM

MAKSUD KURIKULUM

Kurikulum berasal daripada perkataan Latin ‘curere’ bermaksud ‘laluan’ atau ‘ jejak’. Dalam bahasa Inggeris perkataan kurikulum bermaksud ‘jelmaan’. 

Menurut  Kementerian Pendidikan Malaysia kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan kemahiran nilai-nilai dan norma unsur unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya

KAITAN FPK DAN KURIKULUM 

Kurikulum adalah terjemahan falsafah pendidikan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan.








PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Kualiti dan ketamadunan sesebuah negara bangsa dipengaruhi oleh sistem pendidikan. Oleh hal yang demikian, seseorang individu akan dianggap ...